suria

Cheng Hoe Pulang, Marcote Dan Nidzam Sediakan Kombinasi Terbaik

KOMBINASI Tan Cheng Hoe, Nidzam Adzha Yusof dan Ramon Marcote bakal menghasil ramuan terbaik bagi pasukan Kedah untuk menewaskan Selangor dan mengulangi sejarah mereka mengatasi The Red Giants pada tahun 2008 pada malam ini.

Cheng Hoe yang tiba kurang 24 jam sebelum sepak mula perlawanan akhir itu bermula di Stadium Shah Alam berkata, Marcote dan Nidzam telah melakukan segala persiapan bagi memastikan Pasukan Helang merah layak ke perlawanan akhir sebelum ini dan kini pastinya mereka mempunyai perancangan terbaik.

Ketua jurulatih Kedah itu memberitahu, walaupun dia membimbing skuad Kedah sejak awal musim, namun ia tidak bererti perlu merombak skuad yang berjaya langkah ke perlawanan akhir itu.

"Esok (malam ini) kami akan berganding semula untuk memastikan kita tidak terlepas peluang untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini setelah berkerja keras untuk berada di perlawanan akhir.

"Saya akan tiba di Kuala Lumpur malam ini (Jumaat malam) dan akan bersemuka dengan Nidzam dan Marcote untuk mengetahui keadaan pemain Kedah, selain  erbaincang bagi menamakan kesebelasan terbaik demi kejayaan pasukan Kedah.

"Walaupun saya berada di China sebelum ini, tapi Marcote dan Nidzam sentiasa berhubung dengan saya dan melaporkan perkembangan barisan pemain. Walaupun jauh beribu kilometer, namun kami sentiasa pastikan perhubungan yang ada sentiasa rapat," katanya ketika dihubungi mStar Online di Lapangan Terbang Beijing, China.

Semantara itu, Marcote memberitahu, dia dan Nidzam telah mengenalpasti kesebelasan utama Kedah dan hanya menunggu Cheng Hoe pulang dari China untuk membuat keputusan akhir.

"Setelah menjalani latihan terakhir di Stadium Darulaman petang kelmarin, saya sudah mengenal pasti kesebelasan utama tetapi akan berbincang dengan Cheng Hoe serta Nidzam sebelum kami menentukan siapakah yang akan memulakan perlawanan akhir itu.

"Kini persediaan mental dan fizikal pemain berada di tahap terbaik bagi menghadapi Selangor. Saya mahu mereka terus beraksi seperti biasa di Stadium Shah Alam dan tidak ada sebab mengapa kita tidak mampu menandingi kehebatan lawan kita itu.

"Sokongan daripada peminat setia pasukan tidak perlu dikhuatiri lagi kerana sejak perlawanan suku akhir penyokong memenuhi setiap ruang stadium, di Stadium Shah Alam malam ini juga akan diwarnai dengan lautan hijau kuning," ujarnya.

Helang Merah, Kedah, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Berikut

Artikel Lain