suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Malaysia: Kami Punyai Misi Tersendiri - Kapten Selangor

Shahrom menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukan menjelang perlawanan akhir bertemu Kedah pada Sabtu. Foto: S.S KANESAN/ The Star

SHAH ALAM: Barisan pemain Selangor tidak menghadapi sebarang tekanan tetapi sebaliknya teruja untuk melayan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, Sabtu malam.

Ketua pasukannya Shahrom Kalam berkata pasukannya tidak terasa tertekan kerana kekuatan pasukan itu tidak bergantung kepada mana-mana individu tetapi kemampuan pasukan secara menyeluruh.

"Semua pemain tahu peranan masing-masing. Kita juga tidak menghadapi sebarang tekanan sebaliknya teruja apabila layak ke final," katanya pada sidang media menjelang perlawanan final itu di sini, Jumaat.

Menurutnya biarpun tidak tertekan beraksi di laman sendiri, namun tidak memandang mudah pasukan Kedah kerana mereka memiliki barisan penyerang yangmampu merobek gawang lawan.

Justeru, benteng pertahanan Selangor mempunyai tugas berat untuk mengekangpergerakan barisan depan pasukan lawan, katanya.

Kapten Selangor, Shahrom Kalam

Artikel Sebelum

Artikel Lain