suria

JM2015: Penantian Anuar Selama Empat Tahun Berakhir

Anuar Manan (depan) memenangi tempat pertama peringkat ketiga Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2015 dari Menara PKNS, Bangi ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Putrajaya sejauh 103.3 km, Jumaat.Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Pelumba pecut negara, Annuar Manan menamatkan penantian selama empat tahun apabila memenangi perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2015 (JM2015) di sini pada Jumaat.

Pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) itu memerah segala kudratuntuk memisah daripada kelompok pelumba di saat-saat akhir dengan melakukan pecutan sehingga ke garisan penamat.

Perlumba veteran berusia 29 tahun itu menamatkan saingan peringkat ketiga sejauh 103.3km dari Bandar Baru Bangi ke Putrajaya dengan catatan masa dua jam14 minit dan 58 saat.

Pelumba Korea Selatan, Park Sung Baek daripada pasukan KSPO dan rakan sepasukan Anuar, Mohd Harrif Saleh masing-masing menghuni tempat kedua dan ketiga.

"Strategi pasukan untuk memenangi peringkat perlumbaan hari ini membuahkan hasil dan selepas proses pemulihan daripada kecederaan selepas beberapa tahun, akhirnya saya gembira dapat memenangi satu peringkat perlumbaan," kata Anuar.

Kemenangan itu merupakan kali ke-10 peringkat perlumbaan dalam siri Jelajah Malaysia selepas kali terakhir menjuarai peringkat keempat pada edisi 2011.

Anuar mula menjuarai peringkat perlumbaan apabila merangkul dua peringkat pada 2007 dan pencapaian terbaik dalam siri jelajah tersebut ialah pada tahun 2008 dan 2009 apabila masing-masing menjuarai tiga peringkat perlumbaan.

Sementara itu, pelumba Sepanyol, Francisco Mancebo mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi biru sebagai pendahulu kategori Raja Pecut.

Pelumba pasukan Skydive Dubai Pro Cycling Team itu mendahului saingan dengan mengumpul jumlah catatan masa enam jam 6 minit dan 24 saat.

"Tidak akan pandang ke belakang selepas ini dan pasukan saya akan membantu saya mengekalkan jersi kuning. Saya tidak kisah jika terlepas jersi biru. Esok satu lagi saingan yang sukar dan perlu berwaspada dengan pelumba lain," kata pelumba berusia 39 tahun itu.

Bagaimanapun, peringkat ketiga perlumbaan hari ini tidak mengubahkan kedudukan jersi merah dan putih apabila jersi merah masih menjadi milik pelumba TSG, Nur Amirul Marzuki dan jersi putih oleh pelumba kebangsaan Korea Selatan, Kim Okcheol.

"Biarpun tidak mengumpul sebarang mata dalam zon pendakian di Salak Tinggi,tetapi rakan sepasukan membantu saya untuk mengekalkan jersi merah.

"Esok (Sabtu) , saya akan cuba menambah mata di zon pendakian dengan menakluk zonpendakian pertama," kata Nur Amirul.

Perlumbaan peringkat keempat sejauah 115.3km akan bermula dari BerjayaTimes Square di Kuala Lumpur dan berakhir di Putrajaya dengan dua zon pecutan di Ampang dan Semenyih manakala tiga zon pendakian di Ampang Look Out Point, Singai Tekali dan Bangi.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain