suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pemain Rangers Arnold Peralta Ditembak Mati

BEKAS pemain bola sepak Rangers, Arnold Peralta mati ditembak di tempat parkir kereta di sebuah pusat membeli-belah pada Khamis.

Pihak polis berkata, kejadian tersebut bermotifkan rompakan ketika Peralta masuk ke kenderaannya.  

Peralta,26,merupakan pemain tengah yang beraksi bersama sebuah kelab terkenal Honduras, Olimpia dan juga pemain kebangsaan ditembak beberapa kali oleh penyerang yang berada di luar pusat membeli belah itu di bandar La Ceiba, 185 kilometer utara Tegucigalpa, jelas satu kenyataan pihak polis.

Jurucakap menteri keselamatan, Leonel Sauceda berkata, penyerang-penyerang itu bagaimanapun tidak mengambil barang-barang peribadi milik Peralta.

Jelasnya, siasatan lanjut telah diserahkan kepada pihak berkuasa La Ceiba bagi memburu penyerang-penyerang terbabit.

Kawasan kejadian merupakan lokasi terkenal operasi kartel dadah dan Honduras antara salah sebuah negara yang mencatat jumlah pembunuhan tertinggi di dunia.

Arnold Peralta

Artikel Berikut

Artikel Lain