suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Sedia Bayar £50 Juta Kepada Everton

MANCHESTER United dilapor menjadikan pertahanan Everton, John Stones sebagai pemain pertama yang akan dibeli pada jendela pemindahan Januari dalam usaha memperkukuhkan barisan pertahanan.

Kelab itu juga sedia memecah rekod dunia untuk mendapatkan khidmat Stones dengan membayar sebanyak £50 juta sebagai yuran pemindahan.

Pembelian Stones, 21, merupakan sebahagian perancangan United dalam membentuk sebuah pasukan lebih mantap bagi menghadapi saingan pada musim seterusnya.

Everton pada awal musim lalu pernah menolak bidaan Chelsea sebanyak dua kali bagi mendapatkan Stones.

Tetapi jurulatih Chelsea, Jose Mourinho dilapor masih mahukan Stones dan akan menaikkan bidaan pada jendela pemindahan Januari ini.

Rekod pemain pertahanan paling mahal sebelum ini dipegang oleh Rio Ferdinand dengan nilai perbelanjaan £29.1 juta, tetapi ia telah dileburkan menerusi pembelian Eliaqium Mangala oleh Manchester City (£42 juta).

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain