suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp Harap Orang Awam Ubah Pandangan Terhadap Liga Europa

Jurgen Klopp
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp gembira mampu berada di puncak Kumpulan B Liga Europa dan berniat mengubah pandangan awam mengenai saingan ini yang dianggap sebagai 'kasta kedua'.

Perkara ini dinyatakan Klopp setelah Liverpool mencatatkan keputusan seri tanpa gol menentang FC Sion, dalam perlawanan awal pagi Jumaat.

The Reds memastikan dirinya sebagai juara kumpulan, tetapi tidak bermakna tugas mereka mudah kerana terdapat beberapa kelab hebat yang berada di tempat kedua, termasuk Borussia Dortmund.

"Kami ingin menjadi nombor satu selepas perlawanan ini dan itulah yang kami lakukan," kata Klopp semasa sidang media selepas perlawanan.

"Beberapa minggu lalu, rasanya jauh dari kami untuk mencapai kedudukan ini, tapi kami melakukannya dan kami merasakan ia luar biasa."

"Kami akan melihat ia sebagai penting, ada banyak kelab yang bagus yang berakhir di tempat kedua dan juga beberapa kelab dari Liga Juara-Juara."

"Semua orang harus mengubah fikiran mereka tentang kejohanan ini sekarang kerana ramai yang akan melihatnya sebagai 'Liga Juara-Juara kecil'," katanya.
Liga Europa, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Lain