suria

Chidi Edeh Mahu Hadiah Piala Malaysia Sebelum Berhijrah

PENYERANG Kedah yang digelar 'pembunuh senyap' atau 'silent killer' iaitu Chidi Edeh mahu menamatkan musim ini bersama pasukan Kedah dengan memastikan skuad Helang Merah menjulang Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Walaupun nama pemain dari Nigeria itu tidak dijulang seperti penyerang lain dalam kancah bola sepak Malaysia namun dia masih mampu membantu Kedah menjuarai Liga Premier musim ini dan layak ke perlawanan akhir.

Edeh kini mempunyai baki kontrak selama sebulan selepas khidmatnya bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hanya dilanjutkan selama sebulan sahaja.

"Saya tidak kisah kontrak saya hanya di sambung selama sebulan oleh KFA kerana sebagai pemain professional tugas saya ialah memastikan pasukan Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia musim ini.

"Tugas saya bersama Kedah hanya akan selesai apabila kami berjaya mengatasi cabaran Selangor pada Sabtu ini dan inilah sahaja cara saya dapat membalas budi baik KFA yang telah menjaga kebajikan saya sejak awal musim ini.

Pada awal musim ini saya memang sukar menjaringkan gol tetapi selepas kehadiran Liridon Krasniqi,  Sandro Da Silva dan Bang Seung Hwan serta peningkatan permainan oleh pemain tempatan saya mampu menepati sasaran dengan umpanan tepat oleh rakan sepasukan lain," katanya kepada mStar Online.

Edeh memberitahu, kejayaannya menjaringkan gol bukan hasil usaha dirinya sahaja tetapi kerana kerja keras daripada rakan sepasukan lain yang tidak pernah henti mempamerkan yang terbaik.

"Saya tetap akan memberikan prestasi terbaik dan kalau mampu saya mahu menjaringkan gol demi kejayaaan pasukan Kedah. Tetapi kemenangan Kedah adalah lebih penting dari saya menjaringkan gol, tidak kira siapa yang menepati sasaran apa yang penting ialah kita menang.

"Kehadiran isteri dan dua orang anak saya sejak beberapa bulan lalu juga berjaya membuat saya meningkatkan permainan serta memuaskan hati peminat dengan jaringan gol ketika diperlukan. Sudah pasti saya mahu berterima kasih kepada peminat setia yang memberi sokongan kepada saya sepanjang musim ini.

"Sokongan daripada ribuan peminat setia pasukan Kedah adalah sesuatu yang luar biasa dan mereka inilah menjadikan kami wira untuk layak ke perlawaanan akhir, tanpa peminat permainan bola sepak akan sunyi," kata ujarnya.

Chidi Edeh, Kedah

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain