suria

Man Utd Hadapi Risiko Tersingkir Awal Dari Liga Juara-Juara

Penyerang muda United, Jesse Lingard membuat percubaan di hadapan pintu gol PSV Eindhoven tetapi gagal menjaringkan sebarang gol yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam perlawanan Kumpulan B, Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Khamis.

> United kini berada di tangga kedua dalam Kumpulan B Di bawah Wolfsburg

> Keputusan seri 0-0 dengan PSV Eindhoven menjejaskan peluang mereka untuk layak awal

> Mereka kini wajib menang dalam perlawanan terakhir dengan Wolfsburg dua minggu lagi

> Seri atau kalah akan menyaksikan PSV atau Wolfsburg layak ke pusingan seterusnya

> Louis van Gaal akui ketumpulan barisan serangan meletakkan mereka dalam bahaya

MANCHESTER UNITED berhadapan dengan risiko tersingkir awal dari Liga Juara-Juara Eropah selepas mereka mensia-siakan peluang keemasan untuk menang di tempat sendiri dalam perlawanan Kumpulan B menentang PSV Eindhoven awal pagi tadi.

Louis Van Gaal akui, disiplin di bahagian pertahanan yang kental tidak kelihatan di bahagian serangan mereka.

Ketumpulan bahagian serangan kini meletakkan United di tangga kedua dalam empat pasukan Kumpulan B sekaligus membahayakan kedudukan mereka untuk muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati.

Selepas mengharungi lima perlawanan, United kini menang dua kali, seri dua kali dan kalah sekali dengan mengutip lapan mata - satu mata di belakang pendahulu kumpulan iaitu Wolfsburg.

Jika mereka seri atau kalah dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Wolfsburg dua minggu dari sekarang, mereka akan tersingkir dari kejuaraan ini.

Kebimbangan terbesar ialah perlawanan terakhir United dalam kejuaraan ini akan berlangsung di tempat lawan dan ini bakal memberi tekanan kepada para pemain memandangkan Wolfsburg juga turut berpeluang layak ke pusingan kalah mati jika berjaya menumpaskan United atau sekadar mencapai keputusan seri.

Satu lagi pasukan dalam Kumpulan B, CSKA Moscow sudah pun tersingkir dari sebarang peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

PSV berpeluang untuk layak jika United dan Wolfsburg sekadar mencatat keputusan seri.

Dalam perlawanan menentang PSV di Old Trafford, Wayne Rooney yang baru pulih dari demam kelihatan tumpul di barisan serangan dan penyerang muda dari Perancis, Anthony Martial tidak kelihatan menyengat malah melepaskan satu-satunya peluang yang dia ada untuk menjaringkan gol dengan menyepak bola terus ke dalam dakapan penjaga gol PSV.

Begitu juga dengan seorang lagi penyerang muda Jesse Lingard yang terlepas beberapa peluang keemasan untuk menamatkan permainan dengan kemenangan mudah ke atas PSV.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain