suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus, PSG, Atletico Madrid, Benfica Layak

Pemain Juventus meraikan kemenangan pasukan ke atas Manchester City 1-0 pada perlawanan pagi Khamis.

PARIS: Juventus, Paris Saint-Germain (PSG), Atletico Madrid dan Benfica antara kelab terbaharu yang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Naib juara musim lalu, Juventus menewaskan Manchester City 1-0 di Turin menerusi jaringan Mario Mandzukic untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam Kumpulan D layak ke 16 pasukan terakhir, awal pagi Khamis.

PSG pula menang besar 5-0 ke atas Malmo, dengan penyerang Zlatan Ibrahimovic meledak untuk kelab ketika usia remajanya itu, sekali gus menyertai Real Madrid dari Kumpulan A. Atletico Madrid pula mara dari Kumpulan C selepas mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Galatasaray di gelanggang sendiri.

Keputusan itu juga membantu kemaraan Benfica walaupun hanya seri 2-2 dengan Astana. Setakat ini, sembilan kelab sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain