suria

Khairy Sentuh Situasi Atlit Wanita

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyentuh mengenai sikap 'berlagak mulia' sesetengah orang terhadap atlet wanita beragama Islam.

Khairy pada Sabtu membuat retweet lukisan komik oleh VulpineNinja menggambarkan dua atlet wanita yang disiarkan di Facebook dan kemudiannya menerima komen negatif.

Lukisan pertama menunjukkan seorang wanita berpakaian tanpa lengan dan topi dengan bangganya memegang pingat.

Imej oleh VulpineNinja

Kapsyen yang terdapat pada gambar itu bertulis: "Hey, saya baru sahaja memenangi maraton. Ia adalah hari yang memenatkan, tetapi saya akan melepak di Setabak, nak sertai saya?"

Gambar itu kemudian menerima komen-komen berikut: "Nak bersukan pun pakailah tudung! Bodoh!

"Tak takut neraka ke?"

Sementara itu lukisan komik kedua menunjukkan seorang wanita lain yang menutup aurat sepenuhnya iaitu bertudung labuh dan berjubah sambil turut memegang pingat.

Imej oleh VulpineNinja

Kapsyen pada gambar ini berbunyi: "Ambil adik saya selepas sertai marathon... cuba teka? Dia menang! Saya sangat bangga dengannya!"

Bagaimanapun gambar itu disusuli dengan komen-komen berunsur seks menyentuh mengenai payudaranya.

"Cuba teka saiz apa hehe," kata satu komen.

"D kot heheh," kata seorang lagi.

Menerusi cacatan Khairy pada twitnya, beliau bersetuju dengan mesej yang ingin disampaikan pelukis komik tersebut bagi menggambarkan situasi yang dihadapi atlit wanita.

"Tak pasti ciptaan siapa tetapi sangat tepat menceritakan budaya buruk holier-than-thou judgmental Melayu," tulisnya.

Pada Jun lalu, gimnas Malaysia Farah Ann Abdul Hadi menerima komen negatif selepas beliau memenangi enam pingat termasuk dua pingat emas, pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Banyak pihak memberi komen terhadap pakaiannya berbanding memuji pencapaian beliau.

Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Malaysia, Sabtu

Artikel Lain