suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dortmund Lakar Kemenangan, Rapatkan Jurang Dengan Bayern

Reus (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

BORUSSIA Dortmund menewaskan pasukan tuan rumah, Mains 05 2-0 sekali gus menamatkan kemarau gol dalam tiga aksi Bundesliga untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu, Bayern Munich.

Ia ada kejayaan pertama kelab itu selepas terikat seri dalam tiga perlawanan termasuk satu aksi pada Liga Europa dan tewas 1-5 kepada Bayern Munich.

Marco Reus meletakkan Dortmund di depan seawal minit ke-18.

Pemain kebangsaan Jerman itu melepaskan peluang keemasan untuk menggandakan jaringan apabila sepakan penaltinya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Mains.

Dortmund terpaksa menunggu pada babak kedua untuk melengkapkan gol kedua menerusi Henrikh Mkhitaryan yang melakukan penyudah menerusi jarak dekat.

"Segala tugas tidak mudah. Kami mempamerkan kualiti dalam permainan untuk mengutip tiga mata penuh. Persembahan kami agak tidak konsisten tetapi ia tidak mengapa. Ia masih boleh diperbaiki," kata Pengurus Dortmund, Thomas Tuchel.

Dortmund kini mengutip 20 mata, ketinggalan empat mata di belakang Bayern yang akan menentang Bremen pada Sabtu.



Borussia Dortmund, Bundesliga

Artikel Lain