suria

Strachan Perbaharui Kontrak, Kekal Sebagai Pengurus Scotland

Gordon Strachan.

GORDON Strachan akan terus mengemudi Scotland pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 selepas melanjutkan kontraknya sebagai jurulatih skuad kebangsaan itu.

Persatuan Bola Sepak Scotland mengumumkan lanjutan kontrak Strachan selama dua tahun pada petang Jumaat.

Malah, Pengurus Motherwell Mark McGhee dan bekas pengurus Rangers Stuart McCall juga bersetuju untuk kekal dalam pasukan kejurulatihannya.

Scotland gagal mara ke aksi akhir Euro 2016 selepas menamatkan saingan di tempat keempat dalam Kumpulan D yang menyaksikan kemaraan Jerman, Poland dan Ireland.

Strachan amat terharu dengan sokongan yang diterima daripada 12,000 penyokong Scoltand di Faro selepas Scotland menewaskan Gibraltar 6-0 minggu lalu.

Kini sasaran utama bekas pengurus Southampton dan Celtic itu adalah mengemudi Scotland mara ke aksi akhir Piala Dunia di Rusia.

Scotland tidak pernah melayakkan ke aksi akhir kejohanan utama sejak Perancis menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 1998.

Pasukan itu akan bertemu England, Slovakia, Slovenia, Lithuania dan Malta dalam Kumpulan F.



Artikel Lain