suria

GP Emas Terbuka Taiwan: Dua Beregu Negara Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Dua beregu negara mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Taiwan 2015 selepas melepasi pusingan suku akhir di Gimnasium Hsing di Taiwan pada Jumaat.

Beregu utama negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong, selaku pilihan keempat  menewaskan beregu luar jangka Thailand, Wannawat Ampunsuwan/Tinn Isriyanate, 21-18, 21-14, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di www.bwfbadminton.org.

Goh/Tan dijadual berdepan dengan Chan Tsz Kit/Cheuk-Nya selepas beregu Hong Kong itu menewaskan beregu tuan rumah dari pusingan kelayakan, Lee Chia-Han/Liang Jui Wei, 21-19, 21-11 dalam perlawanan suku akhir.

Bagaimanapun, Tan Wee Gieen/Teo Ee Yi gagal untuk mara selepas tewas 14-21, 19-21 kepada pilihan kelima, Takuro Hoki/Yugo Kobayashi dari Jepun.

Sementara itu, beregu campuran sandaran negara, Tan Kian Meng/Peck Yen Wei menepati ramalan ke separuh akhir apabila dengan mudah menyingkirkan pasangan tuan rumah Lee Yang/Yu Wen Kuo; 21-15, 21-15.

Pilihan kedua acara beregu campuran, Tan Chee Tean/Lai Shevon Jemie menerima kejutan besar apabila tunduk kepada pasangan bukan pilihan tuan rumah iaitu pasangan adik-beradik Chang Ko-Chi/Hsin Tien dengan keputusan 19-21, 21-19,  15-21. - BERNAMA

GP Emas Terbuka Taiwan

Artikel Lain