suria

MOKL: Lopez Ke Final Tewaskan Kyrgios

Aksi Lopez pada saingan separuh akhir di Stadium Putra pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Pemain di ranking 17 dunia, Feliciano Lopez menempah tiket ke final Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia selepas menyingkir pemain muda dari Australia, Nick Kyrgios, 7-6(2) 7-6(5) pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu.


Pemain veteran dari Sepanyol berusia tahun itu diletakkan selaku pemain pilihan kedua kejohanan menang secara straight set biarpun diberi tentangan sengit oleh pemain muda yang semakin meningkat naik berusia 20 tahun itu dalam tempoh satu jam 24 minit.

Kejayaan Lopez mara ke final tahun ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang dua edisi sebelum yang menyaksikan pemain kidal tewas yang menduduki tangga ke-12 dunia Mac lalu tewas pusingan kedua tahun 2012, manakala ketika edisi sulung kejohanan ini dianjurka tahun 2009, dia tewas pada pusingan pertama.

Lopez mempamerkan servis mantap mengutip mata malah menggunakan pengalamannya untuk menjinakkan Kyrgios yang sememangnya dikenali sebagai pemain 'degil' biarpun masih baharu dalam dunia profesional sejak tahun 2013.

“Saya patut berasa bertuah dengan cara permaina hari ini kerana dia (Kyrgios) bermain sangat baik...Pengalaman sentiasa menjadi perkara penting namun saya rasakan perlawanan hari ini akan berakhir jika kamu terus bermain tie-break dengan seorang pemain yang mempunyai servis yang hebat seperti Nick," jelasnya selepas perlawanan.

Biarpun Kyrgios gagal ke pentas akhir, pemain yang mempunyai darah campuran Greece-Malaysia melalui ibunya, Norlaila dari Malaysia bakal melihat perubahan kedudukan ranking dunianya selepas berada dalam empat kelompok terakhir terbaik.

Sementara itu, Lopez bakal berdepan dengan rakan senegaranya, yang juga pemain pilihan pertama kejohanan, David Ferrer pada saingan akhir Ahad ini

“Jika saya bermain dengan David, ia akan menjadi ‘perlawanan’. Biasanya kami akan bermain dalam tiga set. Melihat tahap permainan sekarang, saya yakin ia lebih baik berbanding prestasi pada Februari lalu”.

MOKL, Feliciano Lopez, Nick Krygios

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain