suria

Dua Penaja Utama Fifa Desak Sepp Blatter Letak Jawatan

DUA penaja utama Fifa iaitu Coca-Cola dan McDonald meminta presiden organisasi itu, Sepp Blatter meletak jawatan serta-merta.

Coca-cola berkata, Blatter perlu meletak jawatan bagi membolehkan perubahan mampan dapat dilakukan dalam usaha memulihkan semual organisasi berkenaan.

Manakala Mc Donald pula menyifatkan perletakan jawatan Blatter akan menghasilkan faedah lebih baik untuk Fifa.

Syarikat minuman gergasi dari Amerika Syarikat, Coca-Cola mendakwa, kewujudan Blatter di dalam Fifa ketika ini sekadar mencemarkan nama baik badan induk berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan," Syarikat Coca-Cola meminta Presiden Fifa Joseph Blatter untuk meletak jawatan supaya proses perubahan lebih baik dapat dilakukan.

"Imej dan reputasi Fifa sedang tercemar setiap hari. Fifa perlukan perubahan lebih komprehensif kerana dengan cara itu sahaja badan induk berkenaan dapat ditadbir dengan bebas.

Selain Coca-Cola dan McDonald, syarikat penaja lain seperti Budweiser dan Visa turut menyatakan permintaan sama kepada Blatter.

Fifa

Artikel Lain