suria

Van Gaal Tidak Mahu Buang Masa Seperti Arsene Wenger

LOUIS Van Gaal mengakui tidak berpuas hati terhadap rekod yang dimiliki Arsene Wenger sebagai jurulatih Arsenal.

Sepanjang 11 tahun membimbing Arsenal, Wenger hanya berjaya memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris dan Piala FA sebanyak dua kali.

Van Gaal mendedahkan, walaupun kagum dengan kelebihan yang dimiliki Wenger namun dia tidak merancang membimbing United untuk tempoh lebih lama.

"Ia agak susah untuk dijawab kerana saya juga pernah memenangi banyak piala dan itu adalah sasaran saya.

"Saya ingin melakukan perkara sama di negara lain. Bukan di Belanda sahaja tetapi di Sepanyol dan Jerman, kini saya di England.

"Itu cita-cita saya. Saya bukan jenis itu (melatih dalam tempoh yang lama) tetapi hanya ingin memenangi piala sebanyak mungkin," jelasnya.




Arsenal, Manchester United

Artikel Lain