suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Monaco Dedah Kelab Misteri Sedia Bayar Lebih Untuk Anthony Martial

MONACO mendedahkan terdapat sebuah kelab misteri dari Eropah telah memuat bidaan lebih tinggi daripada Manchester United untuk mendapatkan Anthony Martial.

Bagaimanapun United terlebih dahulu berjaya mendapatkan penyerang muda Perancis itu dengan nilai £36 juta.

Tidak cukup dengan itu, kelab berkenaan juga sedia meminjamkan semula Martial kepada Monaco selepas pembelian diselesaikan.

Naib Presiden Monaco, Vadim Vasilyev berkata, United hampir kehilangan penyerang muda yang mereka minati.

"Ini kerana terdapat sebuah kelab yang sedia memberikan lebih untuk mendapatkan Martial.

"Saya tidak akan beritahu jumlahnya, tetapi ia jumlah yang mencukupi dan lebih baik.

"Malah mereka juga menawarkan kepada kami untuk menggunakan semula khidmat Martial untuk beberapa tahun lagi.

"Tetapi pemuda tersebut mahu ke United kerana itu merupakan impianya dan kami biarkan dia pergi bersama bonus," katanya.

Martial setakat ini telah menjaringkan empat gol daripada lima perlawanan dan berjaya membawa pasukan itu ke persada Liga Perdana Inggeris.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain