suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelayakan AFC B-19: Malaysia Kalah 0-6 Kepada China

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda C memulakan kempen kelayakan kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 dengan kekalahan 0-6 kepada tuan rumah, China dalam Kumpulan I di Stadium Jiangsu Huai'an, Jumaat.

Penyerang tuan rumah, Zhang Yuning meletakkan pasukannya mendahului 2-0 di babak pertama menerusi sepakan penalti minit ke-32 diikuti jaringan kedua, dua minit selepas itu.

Tuan rumah menambah empat lagi gol pada babak kedua menerusi pemain pertahanan Gao Haisheng pada minit ke-48 dan 53, ketua pasukan Yao Daogang pada minit ke-58 sebelum pemain gantian Shan Huanhuan menambah derita Malaysia dengan gol keenam tiga minit sebelum permainan tamat.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan I, Korea Utara memulakan aksi dengan kemenangan 6-0 ke atas Macau.

Malaysia akan menentang Korea Utara manakala China berdepan Macau dalam perlawanan kedua kumpulan itu yang akan diadakan pada Ahad ini

Mengikut format pusingan kelayakan ini, 10 juara kumpulan dan lima pasukan kedua terbaik akan mara ke pusingan akhir bersama Bahrain yang layak secara automatik sebagai tuan rumah.
AFC B-19, Harimau Muda C

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain