suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Philippe Coutinho Tinggalkan Liverpool Akhir Musim Ini

PHILIPPE Coutinho bakal meninggalkan Liverpool pada akhir musim ini jika kelab itu gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Rakan baik Coutinho yang juga pemain senegaranya di Brazil iaitu David Luiz memberitahu, Countinho masih berada di Liverpool pada musim ini kerana kelab berkenaan masih bersaing di peringkat Eropah.

"Yang terbaik pasti ingin bermain di peringkat terbaik. Coutinho merupakan pemain tengah terbaik di England ketika ini.

"Itu adalah yang terbaik untuknya, jika kamu bermain di peringkat lebih tinggi, kelab-kelab lebih baik akan mengambil kira prestasi kamu.

"Jika Liverpool tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan, saya percaya dia akan menjadi pemain rebutan di Eropah pada musim depan," katanya.

Coutinho, 23, menyertai Liverpool dengan nilai £8.5 juta dari Inter Milan pada 2013 dan berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan di Liga Perdana Inggeris.

Liverpool, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain