suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Kebodohan' David Ospina Punca Kekalahan Arsenal

PENJAGA gol Arsenal, David Ospina didakwa menjadi punca kekalahan tipis 3-2 pasukan itu kepada Olympiacos dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu.

Selain Ospina, pengendali Arsenal, Arsene Wenger juga dikritik apabila mengetepikan Petr Cech dan memberikan kepercayaan penuh kepada penjaga gol simpanan itu ketika skuadnya memerlukan kemenangan bagi perlawanan kali ini.

Dalam perlawanan itu, Ospina didakwa sebagai 'bodoh' apabila membawa bola ke dalam gol untuk memberikan jaringan kepada lawan pada minit ke-40.

Hasil tindakan itu, pasukan pelawat berjaya di depan dengan keputusan 2-1, selepas keputusan semasa terikat 1-1 hasil jaringan Pardo untuk Olympiacos dan Theo Walcott (Arsenal).

Perlawanan yang bersambung pada babak kedua pula menyaksikan Finnbogason meledakkan gol ketiga untuk Olympiacos sekaligus 'menyimpan'  Arsenal di kedudukan terbawah kumpulan F.

Bagi perlawanan seterusnya, Arsenal bakal berdepan Bayern Munich yang berjaya membenam Dinamo Zagreb 5-0.

Arsenal, Olympiacos

Artikel Berikut

Artikel Lain