suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Diaibkan Porto 2-1, Mourinho Semakin Tertekan

JOSE Mourinho dimalukan bekas pasukannya apabila tewas 2-1 kepada Porto dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi Rabu.

Dalam perlawana itu, Andre Andre menjaringkan gol pertama Porto pada minit ke-39 sebelum Willian menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

Bagaimanapun bersambung babak kedua, ketua pasukan Porto, Maicon tidak menunggu lama untuk menyumbat gol kedua pada minit ke-52

Jurulatih Chelsea itu yang berjaya membawa Porto menjuarai UCL pada 2004 diaibkan di negaranya oleh kesilapan barisan pertahanan.

Dalam perlawanan itu, Mourinho turut tidak menggunakan khidmat Nemanja Matic dan Eden Hazard selepas mereka dikatakan gagal menyerlah dalam perlawanan sebelum ini.

"Saya rasa ia berpunca daripada dua kesalahan yang tidak masuk akal oleh barisan pertahanan. Adakalanya anda melakukan kesalahan seperti ini tetapi tidak dihukum, tapi kali ini mereka dihukum.

"Bagi saya gol kedua terhasil kerana kesilapan yang tidak masuk akal.

"Kami telah berdepan beribu tendangan sudut sebelum ini, namun masih leka untuk bersedia lebih awal.

"Apabila keadaan berjaya dikawal dan mencipta peluang, percubaan pula terkena palang, ini bukan nasib kami," luah Mourinho.

Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Lain