suria

Barcelona Tewaskan Bayern Leverkusen Pada Minit Akhir Permainan

BARCELONA membuat kebangkitan di lewat permainan untuk tampil menggembirakan penyokongnya ketika nyaris dimalukan oleh Bayern Leverkusen dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada pagi Rabu.

Dalam perlawanan di Nou Camp itu, Kyriakos Papadopoulos menjadi hero pasukan pelawat apabila meletakkan pasukannya di depan dengan jaringan 1-0.

Barcelona yang beraksi tanpa Lionel Messi akibat kecederaan pula kelihatan tempang dan gagal menggegarkan jaring gol lawan pada babak pertama.

Pasukan tuan rumah semakin tertekan apabila Andreas Iniesta terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Bagaimanapun perubahan taktikal dan pertukaran pemain berjaya menghasilkan gol untuk skuad Gergasi Sepanyol bangkit memenangi perlawanan ketika permainan berbaki 10 minit.

Gol pertama Barcelona hadir menerusi pemain gantian Sergi Roberto sebelum Luis Suarez membuktikan ketajaman penyudahnya dua minit kemudian.

Walaupun berjaya memenangi perlawanan itu, namun ketiadaan Lionel Messi membuktikan Barcelona sukar mencipta peluang dalam menghasil gol untuk kemenangan pasukan berkenaan.

Barcelona, Bayern Leverkusen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JDT Tewas Kepada Qadsia SC

Artikel Lain