suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Tidak Akan Lepaskan Victor Valdes Kepada Liverpool

MANCHESTER United sedia melepaskan Victor Valdes tetapi bukan kepada Liverpool yang menjadi musuh tradisi kelab tersebut.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mengambil keputusan untuk melepaskan Valdes secara percuma apabila dia telah disisihkan oleh Louis Van Gaal.

Bagaimanapun pelepasan itu sedang diintai rapat oleh Liverpool yang turut tidak akan menjual mana-mana pemainnya kepada United.

Valdes yang enggan berhijrah ke kelab Turki, Besiktas pada jendela pemindahan pemain lalu kini tidak lagi dibenarkan berlatih bersama skuad utama United.

Valdes, 33, sebelum ini menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama United sebelum dia enggan beraksi bersama skuad pelapis sehingga menimbulkan kemarahan Van Gaal.

Kali terakhir pemindahan pemain antara United dan Liverpool dilakukan ialah 43 tahun lalu iaitu melibatkan Phil Chisnall yang memilih meninggalkan Old Trafford.

Liverpool, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain