suria

Ambil Iktibar Di Abu Dhabi - Kapten Harimau Malaya

PETALING JAYA: Hanya kekuatan psikologi sahaja yang mampu membantu pemain-pemain bola sepak negara menghadapi pasukan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada Selasa.


Skuad Harimau Malaya dicalit kontroversi kekalahan besar 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi Khamis lalu.

Skuad kebangsaan yang kini dibimbing jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee selepas perletakan jawatan Dollah Salleh Jumaat lalu perlu membuktikan mereka layak bermain untuk negara, dan sekiranya mahu terus dikritik, dikecam dengan aksi buruk...keputusan  ada di tangan mereka.

Kapten negara, Safiq Rahim mengakui kekalahan tersebut telah membuatkan peminat-peminat bola sepak tempatan kecewa dan marah.

“Bukan sahaja semua peminat bola sepak negara yang kecewa, malah kami sendiri kecewa dengan keputusan tersebut. Namun saya tidak boleh menyimpan perasaan itu dan perlu pandang ke depan. Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan.

“Saya menganggap kekalahan itu sebagai satu iktibar dan perlu berfikiran positif untuk kami bangkit memperbaiki kesilapan dan mempamerkan aksi terbaik di tempat sendiri. “Kami juga akan memberi lebih saratus peratus dan cuba elak perkara sama berulang lagi,” jelas pemain tengah kebangsaan ini.

Malaysia kini berada di tangga tercorot, hanya mengumpul satu mata hasil daripada keputusan seri 1-1 ketika perlawanan pembukaan dengan Timor Leste.

Manakala dua lagi perlawanan, skuad Harimau Malaya gagal mendapat sebarang gol ketika bertemu Palestin (6-0) dan UAE (10-0).

Safiq Rahim, Harimau Malaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain