suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tenis Terbuka AS: Serena Williams Bertemu Kakak Di Suku Akhir

Serena Williams

PEMAIN nombor satu wanita dunia, Serena Williams menumpaskan rakan senegaranya, Madison Keys pada Ahad untuk bertemu dengan kakaknya sendiri Venus di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Pemain berusia 33 tahun itu kini sedang mengejar satu sejarah baru untuk menjadi pemain wanita yang keempat di dunia memenangi kesemua gelaran Grand Slam dalam satu tahun.

Dia telah pun memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini.

Keseluruhannya, Serena telah memenangi 21 gelaran Grand slam sepanjang kariernya - enam kali setiap satu di Terbuka Australia, Wimbledon dan Amerika manakala Terbuka Perancis tiga kali.

Venus, 35, pula yang dibelenggu kecederaan yang berpanjangan di penghujung dalam kariernya menang ke atas Anett Kontaveit di pusingan keempat untuk mara ke suku akhir.

Dia telah memenangi sembilan gelaran Grand Slam - lima di Wimbledon, dua di Amerika dan setiap satu di Australia dan Perancis.

Artikel Lain