suria

Piala FA: Azraai Akui Perlu Baiki Banyak Kelemahan TRW

Azraai (kiri) bersama pemain-pemain Kelantan.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih pasukan Kelantan, Mohd Azrai Khor Abdullah mengakui skuadnya belum berada di kedudukan selesa walaupun berjaya mengikat Sime Darby dengan keputusan seri 1-1  pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Selayang pada Selasa malam.

Azraai yang baru dilantik menguruskan skuad The Red Warriors (TRW) pada Mac lalu berkata, banyak lagi 'homework' yang perlu dilakukan ke atas pasukan ini.

"Pada aksi ini, pemain-pemain hilang fokus selepas menjaringkan gol dan banyak kesilapan dilakukan.

"Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan keputusan di Selayang ini bukanlah sesuatu yang selesa walaupun kami membawa balik bekalan jaringan tempat lawan," jelasnya yang baharu dua perlawanan bersama TRW.

Azraai dilantik menguruskan skuad Kelantan bagi menggantikan George Boateng yang ditukar jawatan sebagai Pengarah Teknikal selepas aksi hampar skuad TRW musim ini.

Boateng dilantik sebagai jurulatih pada 24 April 2014 bagi menggantikan Steve Darby yang dipecat oleh pengurusan pasukan itu.

Sementara itu pada aksi suku akhir pertama ini, tuan rumah mempamerkan aksi cemerlang dengan beberapa percubaan pemain importnya, Nemanja Vidakovic dari Serbia.

Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria berkata, anak didiknya telah mempamerkan aksi memuaskan walaupun terdapat kelonggaran di beberapa bahagian.

"Kami akan cuba memperbaiki kelemahan menjelang aksi kedua nanti di tempat lawan. Ada banyak peluang keemasan, namun gagal digunakan.

"Penyudah yang agak tumpul dan bahagian inilah akan diperbaiki nanti," katanya.

Aksi timbal balik suku akhir kedua akan berlangsung pada 21 April ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

TWR, Sime Darby, Piala FA, suku akhir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain