suria

Murray Tolak Tawaran Sejuta Euro Untuk Gambar Perkahwinan

Murray bersama Sears akan berkahwin pada Sabtu ini.

BEKAS juara Wimbledon, Andy Murray dilaporkan menolak tawaran bernilai sejuta euro (RM4 juta) bagi memaparkan gambar penuh perkahwinannya di dalam majalah.

Murray dilaporkan menolak jumlah lumayan itu bagi gambar eksklusif perkahwinannya nanti dan tunangnya Kim Sears antara penyebab bintang tenis Britain ini menolak tawaran tersebut.

Majalah terkenal OK! dan Hello! antara yang menawarkan harga lumayan kepada Murray untuk mendapatkan gambar-gambar perkahwinannya nanti.

Bagaimana pun Murray dan Sears tetap mahu menjadikan hari bersejarah mereka itu sebagai majlis tertutup dan dijangka hanya keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat sahaja yang dijemput hadir.

Mereka akan berkahwin di Dunblane Cathedral pada Sabtu ini dengan resepsi tertutup di sebuah hotel milik bintang tenis Britain itu, Cromlix House.

"Semua majalah menawarkan bayaran tujuh angka, tetapi Murray dan Kim tidak berminat," jelas sumber rapat kepada majalah The Times.

"Ia bukan soal wang ringgit. Mereka tidak mahu menunjuk-nunjuk tentang perkahwinan sendiri".

Dalam pada itu, dilaporkan Murray merancang untuk berehat di Florida untuk beberapa hari selepas tewas kepada Novak Djokovic dalam aksi final Terbuka Miami Isnin lalu, namun terpaksa pulang segera kerana mahu melakukan persiapan terakhir bersama Sears.

Murray juga mengesahkan sudah mempunyai tiga orang pengapit termasuk abangnya Jamie, Sue Baker, Tim Henman manakala James Corden antara tetamu jemputan.

Andy Murray, Scotland, Kim Sears

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain