suria

Perpindahan Hummels Ke Old Trafford Hampir Pasti

Mats Hummels.
MATS Hummels memberitahu rakan pasukannya di Borussia Dortmund bahawa perpindahannya ke Manchester United hampir menjadi kenyataan.

Pemain pertahan kelab Jerman itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sejak beberapa bulan lalu.

Dan kini, menurut laporan The Mirror, Hummels membayangkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan tersebut.

Sumber terdekat dengan kelab tersebut berkata Hummels sudah bersedia untuk meninggalkan Dortmund kerana proses perpindahannya hampir dimuktamadkan.

"Saya berpendapat berhijrah ke kelab lain baik untuk karier dan peribadi saya. Akhirnya saya ingin meninggalkan kelab ini.

"Saya bersikap terbuka mengenainya kerana saya tidak suka berbohong dengan mendakwa anda akan kekal tetapi dalam diam menandatangani perjanjian dengan kelab baharu," katanya.

Terdahulu, Pengurus United, Louis Van Gaal diberi lampu hijau oleh lembaga pengarah kelab tersebut untuk memantapkan skuad berkenaan dengan menyediakan dana lebih besar untuk membeli pemain baharu.

Justeru, pemain berusia 26 tahun itu menjadi buruan Van Gaal bagi menggantikan barisan pertahanan United yang ditinggalkan Rio Ferdinand dan Vidic.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saya Perlu Bermain - Falcao

Artikel Lain