suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Perlu Kalahkan Arsenal Pada Sabtu

LIVERPOOL: Hanya dengan mengalahkan Arsenal, pasukan kendalian Brendan Rodgers dapat mengenepikan kekecewaan, sekali gus merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Saingan yang dianggap semakin sengit ini semakin penting untuk Liverpool menebus kekalahan 1-2 di laman sendiri kepada Manchester United baru-baru ini.

Kecundangnya Liverpool membolehkan United lebih jauh kedudukannya dengan jurang lima mata dalam carta liga untuk mengisi slot terakhir ke Liga Juara-Juara.

Bagi Arsenal, pasukan ini berkelebihan satu mata di depan United, dengan berbaki tujuh perlawanan pada musim ini selepas beraksi pada Sabtu di Stadium Emirates.

Tentunya jika Gunners sekali lagi menunjukkan belangnya dengan menundukkan Liverpool, kedudukannya pasti sukar dikejar.

“Perlawanan ini penting untuk mencatat keputusan yang dimahukan selepas kecewa pada saingan sebelum ini, selain persembahan yang kurang memberangsangkan.

“Oleh itu, kami mahu memastikan persembahan kami di tahap terbaik dan dapat mencatat keputusan positif,” kata Rodgers.

Liverpool akan beraksi tanpa kapten Steven Gerrard dan pemain pertahanan, Martin Skrtel setelah kedua-dua pemain berkenaan digantung tiga perlawanan ekoran kad merah yang diterima mereka ketika menentang United.

Rodgers nyata kecewa kerana rayuan yang dikemukakan tidak berjaya.

"Keputusan penggantungan tersebut memang tidak adil,” tambah Rodgers.

Sementara itu, bagi pengurus Arsenal, Arsene Wenger pula, beliau yakin pasukannya berada pada prestasi terbaik pada Sabtu ini.

"Kami mahu teruskan dengan rentak kemenangan dan itu menjadi sasaran," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain