suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Perlu Bermain - Falcao

MANCHESTER: Tiga gol yang dijaringkan Ramadel Falcao minggu lalu seharusnya mendapat pertimbangan Louis van Gaal untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama Manchester United pada perlawanan menentang Aston Villa, Sabtu.

Penyerang Columbia itu bagaikan mendapat semula sentuhan gol ketika mewakili negaranya dalam dua perlawanan iaitu menentang Bahrain dan Kuwait.

Sebelum ini, Falcao melalui musim yang boleh dikatakan mengecewakan di Old Trafford dan tiga jaringan itu tentu sekali dapat mengembalikan keyakinannya.

Lebih mendukacitakan apabila pemain berusia 29 tahun itu tidak pernah mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan sejak akhir Februari lalu.

Rekod juga menunjukkan dia hanya menjaringkan empat gol sepanjang musim ini.

Jika masih gagal mendapat perhatian pengurus Manchester United itu, dijangka khidmatnya secara pinjaman tidak akan disambung apabila musim ini berakhir.

Malahan Falcao sendiri mengharapkan dia dapat diberi peluang untuk beraksi pada Sabtu ini kerana semakin yakin dengan keupayaan dirinya.

“Saya perlu bermain. Saya memerlukan lebih banyak masa (di  padang) dan saya yakin dengan diri sendiri serta tahap kecergasan ketika ini,” kata Falcao.

Sementara itu, Red Devils dijangka kembali mendapat sentuhan pemain pertahanan, Chris Smalling dalam perlawanan hari ini selepas dia direhatkan daripada tugasan bersama England kerana masalah kesihatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain