Ujian Pramusim MotoGP: Lorenzo Terpantas Pada Hari Kedua - Sukan | mStar

Ujian Pramusim MotoGP: Lorenzo Terpantas Pada Hari Kedua

Aksi Lorenzo pada hari kedua ujian pramusim di Litar Sepang pada Rabu.
SEPANG: Pelumba Movistar Yamaha, Jorge Lorenzo menguasai kedudukan teratas pada sesi ujian pramusim Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Khamis.

Lorenzo menamatkan sesi ujian dengan catatan masa 1’59.963 saat manakala rakan sepasukannya, Valentino Rossi masih mencari keselesaan jentera baharu dan mengakhiri hari kedua ini di tangga keenam.

Pelumba Ducati Team, Andrea Dovizioso menguasai kedudukan kedua dengan mencatat 2’00.015s di belakang Lorenzo.

Sementara itu juara dunia dari pasukan Repsol Honda,  Marc Marquez serta rakan sepasukannya Dani Pedrosa meneruskan saingan konsisten walaupun dalam keadaan cuaca panas.

Kedua-dua pelumba ini menguji jentera pilihan masing-masing, dan Marquez berjaya melakukan lap terpantas  (lap 35 dan 67) sebelum berlaku kemalangan di Turn 7, namun mujurlah dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hari ini saya hanya memberi fokus kepada satu jentera sahaja, yang saya rasakan paling selesa sejak semalam (Rabu). Sesi sebelah pagi ini lebih tertumpu kepada suspensi manakala ujian sebelah petang pula di bahagian elektronik.

“Di situ saya menyedari masih memerlukan beberapa pengubahsuaian bagi memastikan aksi lebih laju ketika di lap,” jelasnya selepas perlumbaan.

Selain itu, pelumba Ducati Berada Andrea Iannone berada di kedudukan kelima dengan catatan masa 2’00.391s.

SIC menjadi venue ujian pra-musim bermula Rabu sehingga Sabtu ini untuk sesi pertama, manakala sesi ujian kedua pula akan bermula 23 hingga 26 Februari ini sebelum perlumbaan MotoGP bakal membuka tirainya di Qatar pada 29 Mac depan.

Ujian pramusim , MotoGP

Artikel Sebelum

Thien How, Khim Wah Tinggalkan BAM

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata