suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasil Undian Pusingan Kelima Piala FA

PIALA FA 2014/2015 kini memasuki pusingan kelima. Sebanyak 16 pasukan terbaik akan bersaing untuk merebut gelaran.

Berdasarkan hasil undian, juara bertahan Arsenal akan bertemu Middlesbrough yang mara selepas mengatasi juara Liga Perdana, Manchester City.

Walaupun sudah memasuki pusingan kelima, masih terdapat baki lima perlawanan iaitu Liverpool lwn Bolton Wanderers, Preston NE lwn Sheffield United, dan Cambridge United lwn Manchester United.

Selain itu, perlawanan yang mempertemukan Sunderland dan Fulham juga harus diadakan semula berikutan seri pada permainan pertama. 

Berikut adalah hasil undian bagi pusingan kelima Piala FA:

Crystal Palace lwn Liverpool/Bolton Wanderers   

Arsenal lwn Middlesbrough

Aston Villa lwn Leicester City    

West Brom lwn West Ham

Bradford City lwn Sunderland/Fulham

Blackburn Rovers lwn Stoke City

Derby County lwn Reading

Preston NE/Sheffield United lwn Cambridge United/Manchester United


Artikel Sebelum

Teong Kim 'Kunci Mulut' Isu PPBN

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain