suria

Gary Milik Harimau Muda C, Bukan Negeri Kedah - FAM

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa Gary Steven Robbat adalah milik Harimau Muda C dan bukannya Negeri Kedah.

Bekas pemain tengah Harimau Muda C ini menimbulkan kontroversi awal tahun 2015 yang menjadi perebutan antara tiga negeri - Pahang, Johor dan Kedah.

Gary yang dibebaskan kontrak bersama FAM pada 1 Disember lalu dikatakan gagal mematuhi syarat badan induk bola sepak negara ini selepas tamat kontrak bersama pasukan Harimau Muda.

Mengikut peraturan yang ada, mana-mana pemain Harimau Muda yang tamat kontrak perlu kembali ke pasukan-pasukan gabungan FAM yang memulakan kerjayanya.

“Kami mengambil masa untuk meneliti segala dokumen dan afidavit dengan pihak-pihak yang terlibat.

"Selepas diteliti mengikut peraturan FAM, Gary bukanlah milik Kedah kerana kerjaya profesional pemain ini bermula dengan Harimau Muda C.

"Memang benar Gary bersama akademi di Kedah ketika di Tingkatan Satu, dan berpindah ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) ketika Tingkatan 2 dan 3, manakala Tingkatan 4 hingga Lima di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

"Selepas itu Gary menyertai pasukan Bawah 19 Tahun iaitu Harimau Muda C dan mula beraksi secara dalam kejohanan FAM.

"Jadi Gary sebenarnya milik Harimau Muda C dan perlu kembali ke pasukan ini.

“Namun umurnya sudah melebihi 19 Tahun (kini 22 tahun), jadi dia bebas memilih mana-mana pasukan,"jelasnya kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Status di Wisma FAM pada Jumaat.

Dalam pada itu, Gary digantung bermain dengan mana-mana pasukan selama tiga bulan dan denda RM50,000 selepas didapati bersalah menyumbang ke arah pelanggaran peraturan kontrak dengan pasukan JDT dan Pahang.

Kontraknya bersama Pahang yang ditandatanganinya pada 14 November, manakala bersama JDT pada 21 November lalu tidak sah kerana Gary masih lagi terikat dengan FAM.

Artikel Sebelum

PFAM Bantu Gary Kemuka Rayuan

Artikel Berikut

Artikel Lain