Piala AFF: Dollah Tarik Nafas Lega Muslim Boleh Beraksi - Sukan | mStar

Piala AFF: Dollah Tarik Nafas Lega Muslim Boleh Beraksi

PETALING JAYA: Sedikit kelegaan buat pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh apabila pemain pertahanannya, Mohd Muslim Ahmad boleh beraksi pada Piala AFF Suzuki bermula 23 November ini.

Muslim dilayangkan kad merah ketika aksi perlawanan persahabatan di Vietnam Ahad lalu.

Namun hukuman denda gantung permainan yang diterima pada aksi itu hanya akan digunakan pada perlawanan persahabatan seterusnya.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) bahawa hukuman ketika aksi persahabatan tidak diguna pakai pada perlawanan Piala AFF kerana ia kejohanan berlainan.

"Sudah tentu berita ini memberi kelegaan pada saya dalam persediaan memantapkan lagi barisan pertahanan.

"Jadi saya boleh gunakan khidmat Muslim pada perlawanan pertama nanti bergandingan dengan Mohd Afiff Amiruddin, Fadli Shas dan Shukor Adan," jelasnya Dollah yang akur dengan kehilangan dua pemainnya, Mohd Aidil Zaquan Abdul Razak dan R. Gopinathan kerana kecederaan lutut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel