suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Sasar Dapatkan Mats Hummels

KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward mendedahkan kedudukan terbaru kewangan kelab tersebut untuk memberi indikasi mengenai pemindahan jangka masa panjang termasuk pada Januari tahun depan.

Van Gaal dan Woodward

Pengendali Red Devils, Louis van Gaal sebelum ini telah mengeluarkan belanja besar untuk memantapkan semula kelab itu dan membawanya kembali ke aksi Liga Juara-juara Eropah.

Selain itu, jurulatih kelahiran Belanda terbabit turut dilapor menjadikan Mats Hummels sebagai sasaran utama dalam pemindahan akhir musim ini.

Woodward dilaporkan berkata," Kita tidak melihat (pemindahan) untuk jangka masa pendek.

"Kita telah menetapkan beberapa (pemain) sasaran pada musim akan datang. Jika antara mereka boleh didapati pada Januari- ia memudahkan. Jika tidak, kita akan menunggu hingga akhir musim."

Menurut laporan sebelum ini, Borussia Dortmund sedia melepaskan Hummels jika menerima bayaran sebanyak £47 juta.

Selain United, Arsenal turut dilapor akan berusaha mendapatkan pertahanan Jerman terbabit untuk musim depan.

Manchester United

Artikel Lain