suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Tundukkan Valencia 2-1

Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera (kanan) cuba menyaingi pemain pertahanan Valencia, Antonio Barragan Fernandez ketika perlawanan persahabatan pra-musim antara kedua-dua pasukan di Old Trafford, di Manchester, England. - Foto AFP.
MANCHESTER, England: Pemain gantian, Marouane Fellaini menyumbatkan gol pada minit terakhir perlawanan ketika Manchester United menundukkan Valencia 2-1 pada perlawanan pertama di bawah pengendalian pengurus baharu, Louis van Gaal di gelanggang sendiri, awal pagi Rabu.

Pengurus kelahiran Belanda itu yang mengikat kontrak tiga tahun untuk mengambilalih tugas yang dikosongkan David Moyes di Old Trafford, gembira dengan prestasi anak buahnya selepas menang kesemua lima perlawanan pra musim sepanjang jelajah mereka di Amerika Syarikat.

Biarpun kemenangan yang dicatat awal pagi Rabu itu hadir pada minit terakhir perlawanan, dia tetap yakin bahawa pasukannya sudah bersedia untuk mengharungi musim baharu. 

"Saya fikir ini adalah perlawanan terburuk kami. Banyak pemilihan yang kurang tepat, hantaran kurang kemas dan kami tidak memberi asakan mencukupi terhadap pihak lawan," katanya.
Manchester United, Valencia

Artikel Berikut

Artikel Lain