Piala Super UEFA: Real Madrid Tewaskan Sevilla 2-1
Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo cuba menglecek pemain Sevilla, ketika perlawanan Piala UEFA yang berlangsung di Stadium Cardiff, Britain. - Foto EPA.
Ronaldo bersama dengan pemain baru James Rodriguez serta Toni Kroos bijak menolak masuk hantaran pemain kelahiran Cardiff, Gareth Bale untuk memberi pasukannya gol pendahuluan.
Kapten skuad Portugal itu menggandakan jaringan dengan menjaringkan gol selepas mendapat umpanan daripada Karim Benzema.
Ronaldo berkata selepas dia menjaringkan gol pertama ia memberi keyakinan kepadanya untuk memperbaiki tahap permainannya selepas ini.
"Kami sedar ia satu perlawanan yang sukar. Tapi kami bermain dengan baik dan mencipta peluang yang diterima dan bermain secara mantap. Kami berhak memenangi trofi ini," katanya.


