suria

Rooney Dipilih Ketua Pasukan MU Yang Baru

Wayne Rooney.
LONDON: Pengurus baharu Manchester United, Louis van Gaal memilih Wayne Rooney sebagai kapten kelab berkenaan.

Penyerang England berusia 28 tahun itu mengisi tempat Nemanja Vidic selepas pertahanan Serbia itu meninggalkan kelab berkenaan pada penghujung musim untuk menyarung jersi Inter Milan. 

"Bagi saya, selalunya amat penting untuk memilih seorang kapten. Wayne menunjukkan sikap terpuji dalam semua perkara yang dilakukannya. 

"Saya kagum dengan ciri profesionalisme dan sikapnya serta menepati falsafah diri saya," kata van Gaal dalam kenyataan kelab terbabit selepas United menang 2-1 ke atas Valencia pada perlawanan persabahatan di Old Trafford, awal pagi Rabu.

Rooney, Manchester United

Artikel Lain