Pemenang Piala Dunia berusia 25 tahun itu menjadi sasaran utama United dengan harga tawaran dikatakan mencecah £25 juta.
Pengurus baru United, Louis van Gaal perlu mengukuhkan barisan pertahanannya selepas mereka melepaskan dua pemain bek tengah veteran, Nemanja Vidic ke Inter Milan dan Rio Ferdinand ke QPR.
Bagaimanapun Klopp mengumumkan yang Hummels, masih diperlukan sebagai tunggak belakang utama Dortmund untuk musim akan datang ini dan enggan melepaskannya kepada United.
Naib juara Bundesliga itu telah pun kehilangan pemain utama mereka iaitu Robert Lewandowski kepada Bayern Munich dan enggan kehilangan seorang lagi pemain berstatus bintang.
United pula yang pada mulanya nampak yakin akan memperolehi khidmat Vermalen akhirnya berputih mata apabila Arsenal menuntut supaya United melepaskan Chris Smalling kepada mereka.
van Gaal enggan tunduk kepada tuntutan itu dan terpaksa melupakan Vermalen.
Dengan memberi keutamaan kepada formasi 3-5-2, van Gaal memerlukan bek tengah yang kuat dan kukuh untuk musim ini yang akan bermula hujung minggu ini.
Malangnya sehingga kini, dia masih gagal menambah koleksi pemain baru ternama untuk posisi berkenaan.


