suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Sah Ikat Mangala Dengan Nilai RM160 Juta

Eliaquim Mangala
MANCHESTER: Manchester City mengesahkan menandatangani pemain pertahanan Perancis, Eliaquim Mangala dari Porto dengan yuran perpindahan sekitar £32 juta (RM160 juta).

Pemain berusia 23 tahun itu diikat selama lima tahun.

Pengurus City, Manuel Pellegrini berkata: “Dia memiliki segala aspek - mental, fizikal, teknik serta kemampuan taktikal untuk muncul antara pemain pertahanan terbaik di Eropah.

“Eliaquim seorang pemain yang saya percaya akan memberi impak segera kepada Liga perdana Inggeris. Ini berpandu kepada bentuk fizikalnya serta sifat bijak membaca permainan dan ada kualiti dalam sentuhan bola."

City bagaimanapun tidak mendedahkan kos perpindahan Mangala, namun difahamkan yurannya akan meletakkan dia dalam senarai pemain paling mahal kelab itu bersama-sama dengan penyerang Carlos Tevez, Sergio Aguero dan Robinho.

Artikel Lain