suria

Klose Umum Persaraan

Miroslav Klose
BERLIN: Penyerang Jerman, Miroslav Klose mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa, Isnin.

Pemain berusia 36 tahun itu bersara dengan reod cemerlang selepas membantu Jerman menjulang Piala Dunia yang kali terakhir dimenangi pada 1990 dengan menewaskan Argentina 1-0 di Brazil baru-baru ini.

Dia yang juga penjaring gol terbanyak Piala Dunia berjaya mengumpul 16 gol, mengatasi rekod 15 gol dipegang penyerang Brazil, Ronaldo dan menyifatkannya sebagai  ‘impian sejak kecil yang telah dipenuhi’.

“Saya juga mencapai sasaran peribadi saya dan bagi sesiapa yang mengenali saya, saya amat bercita-cita tinggi, namun sebagai penyerang, tugas penyerang adalah menjaringkan gol.

“Rekod tidak penting buat saya, namun saya sentiasa memberikan yang terbaik buat pasukan,” kata Klose yang ketika ini beraksi bersama kelab Itali, Lazio.

Empat kali beraksi di PIala Dunia, dia yang berasal dari Poland menyumbang lima gol pada Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea SElatan, lima gol di Jerman pada 2006, empat gol di Afrika Selatan dan dua gol di Brazil.

Dia juga menamatkan kerjaya sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak Jerman dengan 71 gol.
Miroslav Klose, Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Lain