suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Bakal Bangkit Musim Ini - Wenger

Arsenal meraikan kejayaan menewaskan Manchester City di Stadium Wembley, Ahad lalu.
LONDON: Kejayaan Arsenal menewaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 3-0 dalam saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad lalu memberi isyarat bahawa pasukan itu wajar diberi perhatian.

Bertitik tolak daripada kemenangan itu, pengendalinya, Arsene Wenger menganggap skuad bimbingannya sudah meletakkan penanda aras untuk musim ini.

Pada perlawanan itu, pemain gantian, Olivier Giroud melengkapkan kemenangan menerusi rembatan dari jarak 18 meter pada minit ke-60 , selepas Santi Cazorla dan Aaron Ramsey membuka jaringan pada babak pertama.

Musim lalu, misi Arsenal memburu kejuaraan liga tergendala apabila tewas kepada pesaing utama.

Bagaimanapun, kali ini, Wenger berharap juara Piala FA bimbingannya itu mendapat nasib berbeza musim ini.

“Kemenangan hari ini (Ahad) membuka ruang buat kami untuk persiapan musim ini. Ia penting untuk keyakinan kami, tetapi lebih utama untuk melihat kualiti permainan,” kata pengendali The Gunners itu.

Wenger juga mengakui lega melihat pemain mampu mempamerkan kualiti yang diingini hampir keseluruhan perlawanan termasuk aksi pemain baharu seperti Calum Chambers, Mathieu Debuchy dan Alexis Sanchez. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klose Umum Persaraan

Artikel Lain