suria

Siasatan Dalaman Jais Sedang Berlangsung, Pegawai Berdepan Tindakan Disiplin

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang menjalankan siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai penguatkuasa yang menyerbu majlis perkahwinan wanita beragama Hindu, Ahad lepas sekiranya pihaknya mendapati individu yang terlibat tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). 

"Kami sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengetahui punca sebenar," kata Timbalan Pengarah Unit Perhubungan Awam,  Nurhamizah Othman dalam satu kenyataan. 

Dalam insiden yang berlaku Ahad lalu, pegawai Jais didakwa menyerbu majlis perkahwinan seorang wanita mengenai status agamanya. 

zarina Abdullah Majid, mendakwa namanya telah didaftarkan oleh ayahnya ketika dia kecil, namun dia telah dibesarkan oleh ibunya mengikut budaya agama Hindu. 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegur tindakan Jais menyerbu majlis perkahwinan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai satu pekara yang memalukan. 

Beliau menambah Jais seharusnya mempuyai sifat berperikemanusiaan dan tidak menyerbu majlis perkahwinan berkenaan. 

Khalid berkata Jais tidak mengikut SOP yang ditetapkan ketika menyerbu majlis perkahwinan masyarakat bukan Islam. 


Nurhamizah turut menegaskan pegawai Jais sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan dan mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri sebelum mana-mana operasi yang melibatkan orang bukan Islan dijalankan. 
Jais, serbu majlis kahwin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain