suria

Pique Dedah Rahsia Fabregas Bakal Tinggalkan Barcelona

Rakan baik Fabregas (kiri) dan Pique.
GERARD Pique secara tidak sengaja mendedahkan rahsia rakan sepasukannya, Cesc Fabregas untuk meninggalkan Barcelona membabitkan kos 33 juta Euro.

Walaupun tidak dimaklumkan lokasi perpindahan Fabregas, pasukan Chelsea dipercayai berjaya memikat bekas bintang Arsenal itu.

Pemain pertahanan Barcelona itu bersama pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque pada sesi promosi di sebuah stesen televisyen.

Walaupun bercakap dengan tangan menutup mulutnya, Pique tidak dapat menyembunyikan fakta itu kerana suaranya dapat didengar menerusi mikrofon.

Insiden itu berlaku selepas selesai sidang media, di mana keduanya sedang berbual apabila Pique mempertahankan rakan baiknya itu.

"Saya sayangkan Cesc, tetapi dia sedang melalui situasi sukar sekarang.

"Kelab tidak menghargai sumbangannya seperti yang sepatutnya dilakukan," katanya.

Kata Pique kepada Del Bosque, beliau menyokong perpindahan Cesc.

Bagaimanapun Del Bosque menjawab: "Tentunya Presiden (Barcelona, Josep Bartomeu) tidak akan gembira dengan berita ini."

Pique membalas: "Dia (Cesc) beritahu saya, semuanya sudah selesai. Dia akan pergi. Jumlahnya 33juta euro."





Gerard Pique, Cesc Fabregas, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain