suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATM: Hai-O Mahu Rakan-Rakan Bangkit Bertemu Pahang

PETALING JAYA: Kapten pasukan bola sepakan Angkatan Tentera Malaysisa (ATM), Hairuddin Omar menyeru agar rakan-rakannya bangkit menjelang perlawanan Liga Super bertemu Pahang 10 Jun ini.

ATM yang kini berada di ambang penyingkiran perlu mengutip mata dalam baki perlawanan Liga Super bagi menjamin kedudukan pasukan dalam liga ini musim depan.

"Tidak dinafikan persembahan pasukan ATM musim ini agak goyang disebabkan beberapa pemain utama mengalami kecederaan.

 "Saya juga baharu pulih dari kecederaan dan berharap mampu memberi persembahan terbaik aksi bertemu Pahang nanti," katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Hai-O kepada mstar Online.

 The Gladiators musim ini hanya mengutip 15 mata daripada 17 perlawanan. Masalah penggantungan pemain serta kecederaan dikatakan mencari punca skuad bimbingan B.Sathianathan berada di kedudukan tercorot.

 Selepas menentang Pahang, mereka akan bertemu Selangor pada 13 Jun ini.

ATM, hai-O, Liga super

Artikel Sebelum

Artikel Lain