suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki Piala Dunia: Malaysia Tewas Kali Ketiga

KUALA LUMPUR: Peluang Malaysia untuk memperbaiki kedudukan kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 semakin suram selepas kalah 2-0 kepada England pada perlawanan ketiga di Stadium Kyocera, The Hague, Belanda, hari ini.

Kekalahan ketiga berturut-turut itu menyaksikan skuad negara kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah kekal menghuni tangga tercorot daripada enam pasukan dalam kumpulan tanpa sebarang mata.

Pada perlawanan pertama, Sabtu lepas, skuad negara kalah 4-0 kepada juara bertahan, Australia sebelum tunduk 6-2 kepada pasukan ranking kelima dunia, Belgium, dua hari kemudian.

Selepas tiga perlawanan, England mengumpul tujuh mata selepas menang dua kali dan seri satu.

Sebelum ini, skuad kendalian Bobby Crutchley itu seri 1-1 menentang Sepanyol pada aksi pembukaan sebelum menang tipis 2-1 ke atas India.

Kedudukan tersebut bakal berubah sekiranya Australia meraih kemenangan ketiga menundukkan Belgium pada perlawanan yang akan berlangsung lewat hari ini di venue yang sama.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu jaringan awal namun England lebih bernasib baik selepas penyerang berbisa mereka, Mark Gleghorne membuka tirai jaringan menerusi gol padang seawal minit keempat perlawanan.

Hoki Piala Dunia

Artikel Lain