suria

David Moyes Dakwa Terima Tawaran Jadi Pengurus

David Moyes. Foto AP

BEKAS Pengurus Manchester United, David Moyes mendedahkan bahawa beliau menolak dua tawaran untuk meneruskan kariernya sebagai seorang pengurus namun menyasarkan hasratnya untuk kembali bertugas semula dalam Liga Juara-Juara.

Moyes, yang dipecat oleh Manchester United selepas 10 bulan berkhidmat untuk pasukan itu ketika ini sedang bercuti di Florida.

Beliau memberitahu akhbar The Guardian: "Saya menerima beberapa peluang untuk kembali tetapi memilih untuk memilihnya.

"Saya akan melihat apa yang saya rasakan sebagai peluang yang tepat. Saya mahu fikir yang saya boleh membuktikan diri saya selama 11 tahun di Everton dan apa yang saya mampu lakukan, dan di tahap mana saya boleh menguruskannya.

"Saya mempunyai hasrat untuk memulakanya pada Liga Juara-Juara tahun ini dan saya fikir saya mahu menunjukkan saya boleh mengurus pada tahap itu.

"Saya mahu di tempat lain yang boleh memberikan saya peluang untuk berada dalam Liga Juara-Juara atau kelab yang mempunyai impian dalam Liga Juara-Juara."

Warga Scotland yang berusia 51 tahun itu tidak akan menolak untuk berkhidmat di Eropah.

Beliau menambah: "Ia boleh menjadi di tanah air atau luar negara. Saya sentiasa meluaskan pemikiran saya dan mempelajarinya lebih banyak lagi dan ketika ini saya begitu selesa memerhati dan belajar.

"Saya akan pergi belajar dan melihat kembali untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

"Saya akan menggunakan Manchester United sebagai pengalaman penting dalam karier saya sebagai pengurus. Saya rasa saya masih memerlukan banyak masa tetapi saya akan menggunakannya untuk memberi kepentingan buat saya dalam tugas-tugas yang akan datang."

David Moyes, Manchester United

Artikel Lain