suria

Arsenal Kempunan Piala FA

LONDON: Arsenal berhasrat mengakhiri kemarau tanpa piala dengan melakar kemenangan keatas Hull City pada aksi final Piala FA di Stadium Wembley, awal pagi Ahad.

Pengendalinya, Arsene Wenger menganggap perlawanan itu sebagai misi wajib menang bagi mendapatkan rekod lima kali kejuaraan Piala FA sejak dia bertugas bersama kelab berkenaan.

Selain itu, seiranya Arsenal mengalahkan Hull, pasukan tersebut akan dapat menyamai rekod Manchester United iaitu merangkul sebanyak 11 kali kejuaraan Piala FA.

"Pasukan ini sentiasa dapat menangani apa sahaja keputusan yang berlaku nanti.

"Apa yang penting ialah kami memberikan persembahan terbaik dan selepas itu barulah kami dapat menerima apa jua kesan yang berlaku.

"Tidak kiralah berapa banyak kami bercakap mengenainya sama ada kamu menang atau kalah tetapi kamu perlu memberikan aksi yang terbaik. Itulah yang kami akan cuba lakukan," katanya.

Selain itu Pengadli Hull, Steve Bruce turut mempunyai rekod cemerlang dalam saingan Piala FA selepas menjuarainya sebanyak tiga kali sebagai pemain bersama United.

Bagaimanapun, pengendali berusia 53 tahun itu masih belum menjuarai sebarang Piala FA sejak menjadi pengurus pasukan.

Begitupun, Bruce mengakui sukar untuk mengekalkan keadaan normal yang berlaku ketika ini apatah lagi ini merupakan pentas final Piala FA yang pertama buat Hull.

Arsenal, Hull City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain