suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Belanja Besar Dapatkan Lallana dan Lovren

Lovren (kiri) dan Lallana bakal menyertai Liverpool dalam masa terdekat.

LIVERPOOL dilaporkan bersiap sedia untuk melakukan pembelian sensasi bernilai £40 juta bagi menyambar dua bintang Southampton, Adam Lallana dan Dejan Lovren.

Pengurusnya, Brendan Rodgers dikatakan akan membuat tawaran yang sukar ditolak oleh Southampton bagi mencapai pemindahan besar yang mampu membantu pasukan berkenaan menghadapi musim depan.

Pemain tengah, Lallana antara yang diintai skuad Kop dan pemain itu juga menunjukkan minatnya walaupun turut dilamar oleh Manchester United dan Tottenham.

Seperti yang dilaporkan pada Mac, Rodger dikatakan akan mendapatkan dua pemain Southampton dengan membuat tawaran sama banyak terhadap Lallana dan Lovren iaitu pemain pertahanan tengah.

Lovren yang juga pemain kebangsaan Croatia mewakili Southampton sejak awal musim lalu selepas meninggalkan Lyon  dengan yuran perpindahan sebanyak £8 juta.


Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain