suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zlatan Ibrahimovic Pemain Terbaik Liga Perancis

Zlatan (kiri) ketika diumumkan sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Perancis pada Isnin.

PENYERANG Paris St-Germain (PSG), Zlatan Ibrahimovic telah diundi untuk menerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Perancis oleh rakan-rakan pemain profesional liga tersebut.

Ibrahimovic menerima anugerah ini untuk kali kedua berturut-turut.

Walaupun telah berusia 32 tahun tetapi pemain asal Sweden itu telah berjaya menjaringkan 25 gol dalam perlawanan liga musim ini dan membantu PSG memenangi kejuaraan liga dengan rekod 86 mata.

Dia juga turut menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Untuk diundi selama dua musim berturut-turut oleh rakan profesioanal adalah untuk menerima anugerah ini adalah satu penghormatan yang tinggi kepada saya," ujarnya.

Ibrahimovic turut memenangi anuerah gol terbaik musim ini ketika menentang Bastia pada bulan Oktober.

Rakan sepasukannya, Salvatore Sirigu memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik Liga manakala seorang lagi pemian PSG iaitu Marco Verratti memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perancis.

Zlatan Ibrahimovic, PSG

Artikel Lain